Tuesday, June 19, 2007

Sambal Sotong

Atas permintaan xoxo, kat sini aku tuliskan resepi macamana nak buat sambal untuk nasi lemak. Boleh gunakan sotong atau ikan bilis.

Bahan bahan

Sotong dipotong cincin atau segi empat dan dikeringkan airnya terlebih dahulu - dalam 10 ekor atau

Ikan bilis digoreng - dalam segenggam

Cili kisar - 3/4 cawan

Bawang merah - 3 ulas

Bawang putih - 2 ulas

Bawang besar

Sedikit belacan

Air asam jawa

Garam & gula secukup rasa

Cara

1. Tumis bawang putih, bawah merah & belacan yang telah ditumbuk halus sehingga garing.

2. Masukkan cili kisar & masakkan sehingga pecah minyak.

3. Campurkan air asam jawa dan biarkan selama lebih kurang 5 minit.

4. Campurkan sotong atau ikan bilis.

5. Tambahkan garam & gula.

6. Sebelum diangkat masukkan bawang besar dan gaul rata.

4 comments:

Yours Truly ... XOXO said...

Huhuh tima kasih na.. ujung minggu nih nak wat nasik lemak... ;P

Mummy Rizq said...

bleh deliver umah aku? jadik taster!!

JUN said...

hmmm...sedapnye nampak sambal sotong tu...

fayrahim said...

Nice.

My auntie yg ada bisnes catering, turunkan petua ni bila nak buat sambal. Just nak share la.

Personally, petua sambal nak cantik (color merah cantik dan tak oren) dan sedap antaranya :

1. Cili kering di rebus dulu sebelum kisar.

2. Cili yg telah di kisar, ditumis dahulu sehingga pecah minyak. Kemudian barulah masukkan bawang merah.

3. Add buah keras - utk pekatkan kuah.

4. Taruk sikit gula melaka sikit. Gula melaka bagi rasa lemak2 manis.

5. Taruk Bawang Besar, dalam 2 labu di hiris2 - manis bawang besar buatkan sambal jadi enak

6. Asam jawa taruk last sebelum taruk sotong. Asam Jawa ada agent yang menyebabkan sotong atau sayur-sayuran menjadi "kejung" dan keras dan sayur-sayuran jadi keras so elok masukkan last sekali kalau dalam masakan.