Macam aku lah semalam, mood nak memasak tu kureng.. so untuk safe time nak masak makanan aku & Rizq, aku buat sup ayam ajer. Safe untuk dua beranak nak makan.
Bahan A
Dua biji kentang dipotong & satu sup bunjut Adabi.
Bahan B
Tiga biji bawang merah dimayang
Dua biji bawang putih dimayang
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
Bahan C
Sedikit su'un & garam
Cara Cara
1. Panaskan dua sudu minyak masak
2. Apabila telah panas, masukkan bahan B
3. Bila dah garing dan naik bau, masukkan lebih kurang 3 cawan air
4. Biarkan mendidih
5. Campurkan Bahan A
6. Bila ayam & kentang dah empuk, masukkan Bahan C dan rebus sehingga masak
SELAMAT MENCUBA!!
5 comments:
salam,
wah..menyelerakan
tocey2 for the resepi sotong tu. mmg ia antara feveret saya la ni. mudah disediakan dan sedap.
amboi masakan diet nampak.
aku tak leh diet lar.....tahan 2-3 hari ajerk. Lepas tu kaput!!!
kak long-dah bley memasak ke sekarang? soh cik abang beli kat luar ajer...
kiah-tak per slowly... aku rizq dah 2.5 years baru ler nak strat berdiet....
periuk vision tu.... hehehe
kalau style utara, bawang2 tu semua kitorg tumis asing (atau org perak kata tumis atas darat) :P , bila sup dekat2 nak mendidih baru start menumis,kemudian tuang je dengan minyak2 nya ke dalam sup tu (disyorkan jgn guna minyak byk sgt le, nnt bminyak2 pulak sup, x sedap). baru bau dia betul2 naik.
Post a Comment