Tuesday, June 19, 2007

Sambal Sotong

Atas permintaan xoxo, kat sini aku tuliskan resepi macamana nak buat sambal untuk nasi lemak. Boleh gunakan sotong atau ikan bilis.

Bahan bahan

Sotong dipotong cincin atau segi empat dan dikeringkan airnya terlebih dahulu - dalam 10 ekor atau

Ikan bilis digoreng - dalam segenggam

Cili kisar - 3/4 cawan

Bawang merah - 3 ulas

Bawang putih - 2 ulas

Bawang besar

Sedikit belacan

Air asam jawa

Garam & gula secukup rasa

Cara

1. Tumis bawang putih, bawah merah & belacan yang telah ditumbuk halus sehingga garing.

2. Masukkan cili kisar & masakkan sehingga pecah minyak.

3. Campurkan air asam jawa dan biarkan selama lebih kurang 5 minit.

4. Campurkan sotong atau ikan bilis.

5. Tambahkan garam & gula.

6. Sebelum diangkat masukkan bawang besar dan gaul rata.

Thursday, June 14, 2007

Nasi Lemak

Bahan Bahan

3 cawan beras

Santan secukupnya

3 helai daun pandan

2 biji bawang merah

½ inci halia, dihiris

Garam secukup rasa

Serbuk perasa jika

Cara

1. Basuh beras.

2. Masuk kan santan & garam. Kacau.

3. Masukkan bawang, halia & daun pandan.

4. Masak sehingga kering.

5. Campurkan serbuk perasa. Biar lebih kurang 10 minit.

6. Taraa.. dah masak pun.

p/s

1. Sukatan santan. Apa yg biasa aku buat, kalau beras = 3 cawan, santan = tanda "6" dlm rice cooker. Which means, sukatan santan double the sukatan beras laa... Ataupun kuran sikit.

2. Jangan guna beras wangi untuk masak nasi lemak. The texture wont come out good.

Sunday, May 13, 2007

Sup Ayam Segera

Untuk ibu ibu yang tak sempat nak memasak, adalah disarankan untuk buat sup segera ni.

Macam aku lah semalam, mood nak memasak tu kureng.. so untuk safe time nak masak makanan aku & Rizq, aku buat sup ayam ajer. Safe untuk dua beranak nak makan.


Bahan A
Dua biji kentang dipotong & satu sup bunjut Adabi.

Bahan B
Tiga biji bawang merah dimayang
Dua biji bawang putih dimayang
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
Bahan C
Sedikit su'un & garam
Cara Cara
1. Panaskan dua sudu minyak masak
2. Apabila telah panas, masukkan bahan B
3. Bila dah garing dan naik bau, masukkan lebih kurang 3 cawan air
4. Biarkan mendidih
5. Campurkan Bahan A
6. Bila ayam & kentang dah empuk, masukkan Bahan C dan rebus sehingga masak

Gambar sup ayam sedang mendidih

SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, May 10, 2007

Sotong Goreng Bodo...

Ni nak memenuhi permintaan ibu mengandung, KAK LONG. Semoga KAK LONG tak mengidam lagi..ok!

Masakan ni bagus untuk mereka yang tak sempat nak masak... Simple tapi menyelerakan..

Bahan Bahan

10 ekor sotong sederhana besar
Sebiji bawang merah
2 biji cili merah
Sedikit garam
Secubit kunyit

Cara Cara

1. Belah sotong & potong kepada 4 bahagian (potong bulat macam cincin pun boleh)
2. Campurkan garam & kunyit. gaul rata & biarkan selama lebih kurang 5-10minit.
3. Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng.
4. Masukkan sotong. Goreng sehingga separuh masak.
5. Campurkan cili merah & bawang besar.
6. Kacau sehingga bawang layu.
7. Angkat & hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, February 28, 2007

Daging Goreng Barbeque

Resepi ni pulak baru belajar last week. Terus buat. Memang sedap dan lazat. Zakiah comment for me to put in pictures. Tapi normally aku sampai umah dah malam. Lipat tangan baju terus masak... Mana sompek nak amek gambor?? Hee.. hee..

Tak per Zakiah. If I do cook on wikens, I will take some fotos ok!

Now the recipe. Ooopss.. lagi satu nak habaq mai. Setengah recipe tak ada sukatan sebab aku masak main campak campak ajer.

Bahan Bahan

1/4 kilo daging dipotong nipis
Heinz barbeque sauce
Sos cili Life
Kicap kipas udang (yang kaler merah)
Bawang putih
Halia
Bawang besar - potong empat segi, besar
Lada hidup (merah/hijau) - belah & potong empat
Sedikit garam

Method

1. Perapkan daging bersama Heinz BBQ sauce selama lebih kurang 15 minit.
2. Tumiskan bawang putih yang dimayang halus bersama halia dua hiris.
3. Setelah bawang & halia garing kekuningan, masukkan daging, kacau dan tutup kuali/periuk tersebut.
4. Biarkan selama lebih kurang 20 minit (boleh tambah air sedikit kalau daging lambat empuk) atau sehingga daging empuk dan naik minyak. Kacau lagi.
5. Campur kan chilli sauce dan kicap.
6. Setelah kesemuanya garing, masuk kan bawang besar & lada, kacau.
7. Bolehlah terus dihidangkan....

Talam Berlauk

Those yang nak mencuba resepi tradisional can try this!

Bahan-Bahan

1 Cawan Corn Flour - (the kotak kuning one)
1 Cawan pati santan
4 Cawan santan
Udang (around 0.25kg - agak -agak)
1biji Bawang besar )
1 biji cili merah )Di MAYANG HALUS
daun kunyit (agak- agak, around 1/2 of a leave) )
Garam secukup rasa

Caranya:

1. Campurkan Corn Flour dengan 4 cawan santan ( make sure sebatikan and tak lumpy), bawang and garam.

2. Then masak and make sure you kacau supaya tak lumpy, bila dah nak pekat put in the udang and continue kacau, and then add the pati santan. You have to kacau sampai dia likat and berkilat.

3. The last you add is the cili merah and the daun kunyit. (When dah masak, the kuih macam berkilat sikit). Then you tuangkan dalam your bekas untuk di servekan.


Taburan di atas kuih - bila you nak hidangkan:

Udang Kering - blend and goreng ) Goreng separately ye!
Bawang kecil dimayang halus and goreng )

Wallaaa...... Kalo menjadik kueh ni mesti mak mertua sayang...!!

Tuesday, February 27, 2007

Mash Potato

Those yang suka makan mash potato, tapi malas nak pergi beli dekat kedai, can also try this simple recipe.

Bahan Bahan
3 biji kentang sederhana besar (US / Idaho potato is better)
1/4 butter (lagi mahal lagi sodap...)
Sedikit susu segar
White pepper

Method
1. Selepas dibasuh, tanpa membuang kulit, potong kentang kepada 4 bahagian
2. Rebus sehingga kentang empuk. Masukkan secubit garam
3. Selepas kentang sejuk, kupaskan kulit dan lecek sehingga lembut
4. Campurkan susu
5. Campurkan butter & white pepper dan gaul sehingga sebati

TAARAAAAAA!!!! Dah siap pun mash potato yang sedap lagi enak!

Selamat Mencuba.